Thursday, 27 December 2012

JUMAAT NAN INDAH

Sebab arini sy gembire. Jadi, sy nak masak utk lunch hehe Menu: nasi, sayur campur, ayam masak kicap & air mangga. Perghhhh!

SAYUR CAMPUR


Bahan-bahan:
2 biji Bawang kecil
1 biji bawang putih
10 ekor ikan bilis
2 batang fillet ketam
1/2 batang lobak
1/8 kobis dihiris

Cara-cara:
1. Panaskan 2 sudu minyak.
2. Masukkan bawang kecil hingga layu & kemudian masukkan bawang putih dan ikan bilis.
3. Masukkan fillet ketam. Gaul dan tambahkan air. Biarkan die mendidih sekejap.
4. Masukkan lobak. Biarkan seketika dan terakhir masukkan kobis.
5. Perasakan dengan garam dan ajinamoto.


AYAM MASAK KICAP


Bahan-bahan:
1/2 biji bwang besar dihiris
1/4 sb lada sulah dilarutkan dgn 1/4 cawan air
1/8 ayam
1 cawan air
2 biji lada cili
2 sudip kicap
sedikit gula

Cara-cara:
1. Panaskan 2 sudu minyak.
2. Masukkan lada sulah yg dh dilarutkan dengan air.
3. Masukkan ayam dan gaul.
4. Masukkan air dan tutup.
5. Agak2 dh empuk, masukkan kicap. Perasakan dengan garam dan ajinamoto.
6. Seimbangkan rasa dgn lada & gula.


AIR MANGGA


Bahan-bahan:
4 sb gula
4 sb ibu minuman mangga (sunquick)
4 mug air masak

Cara-cara:
1. Masukkan gula & perasa minuman dahulu.
2. Kemudian masukkan air masak dan godak sampai sebati.
3. Masukkan dlm peti ais.
4. Klu nk masukkan ais, kurangkan jumlah air masak.

* Sape yg kate masak tu ssh, mmg bohong. Percayalah, ianya sangat mudah....Jom..Jom..Jom..


No comments:

Post a Comment