Arini sume housemate kuar. Jadi aku g bereksperiment kat dapo sensorang haha Kenyang... Alhamdulillah :)
Makan nasi ngan ikan goreng, kobis masak lemak dan sambal belacan je. Biaselah, org bujang hihi kat bawah ni resepi simple untuk org2 yg baru2 try masak cm aku hahahahaha. Senang je masak ni rupenye. kenapelah dulu aku xnk masak mase mak aku srh msk ek..? huhu (maafkan sy mak. Saya sayanggg mak. Terima kasih kerana memahami anak mak yang degil ni)
IKAN GORENG
Bahan-bahan:
3 ekor ikan
1 biji bawang putih
1/2 inci kunyit idup
1/4 sudu garam
minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Siang ikan (buang isi & basuh).
2. Tumbukkkan pakai lesung (sebiji bawag putih, garam sikit, 1/2 inci kunyit idup).
3. Lumurkan kat ikan. Perap 5 @ 10 minit. Panaskan minyak & goreng.
KUBIS MASAK LEMAK
Bahan-bahan:
4 biji bawang kecil (dimayang)
1 biji bawang putih (dihiris halus)
5 ekor ikan bilis
1 biji lada besar (dihiris halus)
1 mangkuk kecil kubis yang dipotong-potong
1 cawan santan
Garam dan ajinamoto secukup rasa
Cara-cara:
1. Rebus air dalam periuk agak-agak paras-paras sayur yang akan dimasukkan nanti.
2. Masukkan bawang kecil, bawang putih, ikan bilis & lada besar.Biarkan sekejap.
3. Masukkan kobis, kacau biar sebati dan tutup sekejap.
4. Bila nampak sayur dah masak. Tuangkan santan. kacau perlahan dan perasakan dengan garam dan ajinamoto secukup rasa.
SAMBAL BELACAN
Bahan-bahan:
6 batang lada kecik
2 inci belacan dipanggang atas kuali
Air asam jawa agak-agak paras lada yang akan dimasukkan nanti
1 batang lada besar
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Blend halus lada kecik dan belacan bersama air asam jawa.
2. Masukkan lada besar dan blend. Yg ni blend kasar je..
3. Masukkan garamdan gula secukup rasa.
* Klu aku dh kawen nt, minta2 laki aku pandai masak haha

