Thursday, 27 December 2012

JUMAAT NAN INDAH

Sebab arini sy gembire. Jadi, sy nak masak utk lunch hehe Menu: nasi, sayur campur, ayam masak kicap & air mangga. Perghhhh!

SAYUR CAMPUR


Bahan-bahan:
2 biji Bawang kecil
1 biji bawang putih
10 ekor ikan bilis
2 batang fillet ketam
1/2 batang lobak
1/8 kobis dihiris

Cara-cara:
1. Panaskan 2 sudu minyak.
2. Masukkan bawang kecil hingga layu & kemudian masukkan bawang putih dan ikan bilis.
3. Masukkan fillet ketam. Gaul dan tambahkan air. Biarkan die mendidih sekejap.
4. Masukkan lobak. Biarkan seketika dan terakhir masukkan kobis.
5. Perasakan dengan garam dan ajinamoto.


AYAM MASAK KICAP


Bahan-bahan:
1/2 biji bwang besar dihiris
1/4 sb lada sulah dilarutkan dgn 1/4 cawan air
1/8 ayam
1 cawan air
2 biji lada cili
2 sudip kicap
sedikit gula

Cara-cara:
1. Panaskan 2 sudu minyak.
2. Masukkan lada sulah yg dh dilarutkan dengan air.
3. Masukkan ayam dan gaul.
4. Masukkan air dan tutup.
5. Agak2 dh empuk, masukkan kicap. Perasakan dengan garam dan ajinamoto.
6. Seimbangkan rasa dgn lada & gula.


AIR MANGGA


Bahan-bahan:
4 sb gula
4 sb ibu minuman mangga (sunquick)
4 mug air masak

Cara-cara:
1. Masukkan gula & perasa minuman dahulu.
2. Kemudian masukkan air masak dan godak sampai sebati.
3. Masukkan dlm peti ais.
4. Klu nk masukkan ais, kurangkan jumlah air masak.

* Sape yg kate masak tu ssh, mmg bohong. Percayalah, ianya sangat mudah....Jom..Jom..Jom..


Sunday, 23 December 2012

CUTI KRISMAS

Musim ujan. Memang sedap klu bt mkn2. Adam ngn deli (anak sedare) balik. Mmg best tgk muke diorg mkn haha Menu: Muffin Blueberry, Apam Mekar, Puding Rambutan



MUFFIN BLUEBERRY


Bahan-bahan:
1 1/2 butter
2 cawan gula
2 biji telur
2 tits esen vanila
8 sb susu HL
2 cwn tpg gandum
2sk baking powder
Bluebery jam

Cara-cara:
1. Pukul butter smpi jd krim. Pastu mskkan gula & pukul smapai putih.
2. Masukkan telur, esen vanila & susu segar. Pukul sebati.
3. Ayak tepung gandum dan baking powder. Masukkan dalam no 2. Gaul sebati.
4. Masukkan 1/2 bekas muffin dgn adunan. Masukkan jem & kemudian masukkan 1/2 bekas lagi dgn adunan.
5. Bakar adunan 180C selama 25 minit

APAM YANG TAK SEBERAPA NAK MEKAR


Bahan-bahan:
1 3/4 cwn gula
2 biji telur
1sk esen vanilla
200ml susu HL (1 kotak kecil)
3 cawan tepung gandum
1sk ovallate
pewarna
papercup

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan dgn tudung kukusan dialas dgn tuala utk tujuan meghalang air kukusan jatuh ke dlm kukusan.
2. Pukul telur & gula sampai kembang.
3. Masukkan esen vanilla. Pukul. Masukkan ovallate. Pukul.
4. Masukkan tepung berselang seli dgn susu.
5. Bahagikan tepung kpd 2 bahagian. Tambahkan pewarna & kaup balikkan sehingga warna jadi sebati.
6. Masukkan adunan berlainan warna ke dlm paper cup.
7. Kukus selama 10-15 minit


 
PUDING RAMBUTAN


Bahan-bahan:
10 biji rambutan
2sb gula
20g agar-agar
1550ml air

Cara-cara:
1. Blend rambutan. Pastikan xhancur sgt. Masak atas api rambutan yg diblender td bersama dgn gula.
2. Masak agar-agar ngan air.
3. Dh menggelegak, masukkan campuran rambutan dah gula td.
4. Biarkan, sehingga larutan menggelegak lagi..Tutup api.
5. Bahagikan kpd beberapa bahagian & warnakan.
6. Keraskan mengikut bentuk dan kreativiti sendiri.

*Rase nk masak lg utk adk2 yg kuat mkn...Tp dh kene balik huhu Xpe, next time ade lg ;-)